Senja hayat dan kemangkatan Liliʻuokalani

Sepanjang musim panas tahun 1917, baginda menjadi semakin uzur sehingga tidak mampu menggerakkan kakinya dan sering tidak dapat mengecam tempat persemayaman baginda. Suatu majlis mendoakan keselamatan baginda diadakan di Istana Washington di tempat peraduan baginda dihadiri para penjaga dan teman rapat baginda. Baginda mangkat di samping kelompok rapatnya pada pagi November 1917.[17]

Mayat baginda tidak dibawa keluar dari persemayaman itu sehingga waktu tengah malam. Selepas masa tesebut tiba, mayatnya diarak ke Gereja Kawaiahaʻo untuk rakyat memberikan penghormatan terakhir mereka, kemudiannya ke upacara memperingati baginda di Istana Iolani pada 18 November. Mayat baginda dibawa ke Makam Diraja Mauna ʻAla di mana baginda disemadikan bersama-sama.kerabat bahinda yang lain.[18]

Rujukan

WikiPedia: Liliʻuokalani http://www.hawaiimagazine.com/incredible-hawaii-wo... http://www.honolulumagazine.com/Honolulu-Magazine/... http://www.mercurynews.com/2013/04/25/days-gone-by... http://ags.hawaii.gov/archives/about-us/photograph... http://chroniclingamerica.loc.gov/lccn/sn82014682/... http://chroniclingamerica.loc.gov/lccn/sn82014682/... http://chroniclingamerica.loc.gov/lccn/sn82016412/... http://chroniclingamerica.loc.gov/lccn/sn83025121/... //www.worldcat.org/oclc/10315333 //www.worldcat.org/oclc/11030010